Cinta ALlah Cinta Abadi

Monday, 24 October 2011

JIKA AKU JATUH CINTA...




Ya Allah jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, 
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, 

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, 
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, 
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
 jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, 
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….


indahnya hiasan dunia....


     Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
     Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
     Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
     Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
     Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
     Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
     Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
     Berpegang pada janji mengabdikan diri

     Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
     Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
     Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
     Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
     Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
     Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
     Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
     Mahligai syurga itulah tempatnya



                                     Tajuk Nasyid : Puteriku Sayang
                                     Artis : Mestica
                                     Feat : Munif Hijjaz
                                     Album : Layar Keinsafan




ingatlah saudari...

           ... PERINGATAN UNTUK KAUM HAWA...

      Sesungguhnya ciptaanmu terlalu unik
      Tercipta dari tulang Adam
      Menghiasi taman yang indah terbentang
      Menjadi perhatian sang kumbang
      Yang beterbangan...


      Kau ibarat seharum mawar
      Aromamu bisa menawan sang kumbang
      Untuk menghidu wangianmu...


      Namun...
      Tidak semua wangianmu menarik sang kumbang
      Lantaran duri yang memagari
      Dari kejauhan telah terlihat kecantikannya...
      Dan kilauan warnanya yang memancar indah...


      Tapi awas...
      jangan mudah terpedaya dengan si kumbang
      Suatu saat bisa melemparkan kebusukkannya
      Seharusnya sang kumbang menjadi
      Penyelamat kepada wanita
      Namun,apakah daya keadaan telah bertukar,
      Sebaliknya...Diantara sang kumbang
      Telah menjadi pemusnah
      Kepada masa depan seorang wanita...


      Oleh itu,
      Wangian yang telah terikat
      Dibait-bait kuntumanmu
      Jagalah ia
      Peliharalah ia dengan amal dan taqwa
      Berdoalah kepada Tuhanmu agar harumanmu
      Berkekalan dan menjadi serikandi beriman...




      sumber:SYARIFAH ZURHANA NURAIN FARZANA BTE SYED ZAPRI AL-IDRUS(sznfsza)
      ditulis:NME

Sunday, 23 October 2011

kecantikan wanita..







Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka dalam berbagai-bagai cara.Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliah.
Firman Allah SWT bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah……” -Al-Ahzab : 33
Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.
Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut
 :
  • Menundukkan pandangan. Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita adalah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya ialah dengan menundukkan pandangan seperti firman Allah SWT yang bermaksud : -An-Nur : 31
  • Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam bilik kuliah di universiti, di dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu daripada diketuk dengan tukul besi yang tajam dikepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya.”
  • Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut :
  1. Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan.
  2. Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi bermaksud : “Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.”
  3. Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.
  4. Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki.
     
  5. Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sabda Nabi SAW bermaksud ; “sesiapa meniru sesuatu bangsa lain,maka ia adalah bangsa itu”
  6. Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT bermaksud : “janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)……“-Al-Ahza:32
  7. Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah SWT bermaksud : “dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” -an-Nur:31. Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. Sabda Nabi SAW bermasud :seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina.”
Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain.

Saturday, 22 October 2011

rindu dan sayangku pada IBU..

Dia.. yang hanya kulihat wajahnya dari potret yang masih tersimpan. Dia.. yang kukenali hanya dari cerita-cerita yang diperdengarkan kepadaku. Dia.. yang pernah kumimpikan kasih dan sentuhannya.. tidak pernah kusesali kerana tidak memilikinya.

IBU.. terima kasih kerana memberikan ‘nafas’ untukku mengenali dunia ini. Sungguh.. begitu besar pengorbananmu. Biarpun jasadmu tidak 
tersentuh olehku namun kasihmu tetap kutemui dalam diri setiap yang bergelar ibu. Belaian rindu dan sayangmu tetap setia menyentuh jiwaku melalui jiwa setiap ibu yang kutemui.

Sesungguhnya tidak pernah kurasai berjauhan daripada kasih sayangmu. Tidak pernah walau sekalipun kurasai kehilanganmu kerana dikau senantiasa hadir di sisiku..

..dalam redup mata setiap ibu yang kutemui.
..dalam lembut bicara dari setiap ibu yang kudengari.
..dalam manis setiap senyuman yang terukir di bibir.
..dan dalam setiap sentuhan kasih yang menyelimuti diriku.

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau lebih mengerti walau tanpa bicara. Ya Allah.. tempatkanlah roh ibuku bersama hamba-hambaMu yang Engkau redhai. Dan rahmatilah setiap insan yang telah menyentuh hidupku dan jiwaku dengan kasih seorang ibu.. amiin.

wanita ibarat bunga...

         Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." (HR Muslim)
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... karena akhlaq wanita ibarat bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah k emanisan iman yang dinikmati oleh wanita solehah.

Karena itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang bersemangat.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih-sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya. 

rahmat di sebalik dugaan...

Kedamaian dan ketengan hidup merupakan harapan setiap insan,bahkan jiwa manusia menginginkan agar 
kesenangan itu abadi dalam kehidupannya..Tidak selamanya langit itu cerah,kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari..Kerana ia merupakan permintaan satu ketentuan..Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan,dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Ilahi yang harus diterima dengan hati yang jernih...


Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah SWT.,mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini..Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar..Umar bin abdul aziz berkata,"tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT.,kepada seseorang,lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar,melainkan Allah akan menggantikan yang lebih baik bagi dirinya"...

     HIASILAH PERIBADI DENGAN SIFAT KESABARAN....


       

keistimewaan wanita...


32 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna

  1. Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.