Cinta ALlah Cinta Abadi

Friday 23 December 2011

~Wanita dan Permata~



Assalamualaikum..


Kenapa aurat wanita perlu di jaga dan di tutup?
Mesti ada sebab dan hikmah Allah taala perintahkan kaum hawa menjaga auratnya daripda di perlihatkan oleh bukan muhrim.
Bagi wanita yang tidak menutup aurat,bila mereka ni akan tutup aurat?
Apabila malaikat Izrail menjemputnya untuk menghadap Ilahi.



Aurat wanita yang tak boleh terlihat di hadapan lelaki lain (selain suami dan mahramnya) adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan telapak tangan.
Masya Allah..Mesti ada hikmah dengan perintah Allah taala.
Sesuai dengan 
Firman Allah s.w.t "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya".
(Surah An-Nur : 31)



Suatu ketika dulu,ada seorang anak gadis yang meningkat remaja bertanya kepada ayahnya.."Kenapa adik perlu pakai tudung?"...
Ayahnya memandang anak gadisnya sambil tersenyum...
"anakku,kenapa Tuhan sembunyikan emas dan permata jauh di dasar bumi?"...
"Entah",balas anaknya ringkas..
"Tuhan sembunyikan emas danpermata di dalam perut bumi kerana ia adalah sesuatu yang cantik serta menarik dan menarik ramai pemerhati "...
Sesiapa yang mahukan hasilnya perlulah berusaha untuk memilikinya seperti melombong dan gali untuk dapatkan hasilnya..
Sama juga seperti wanita..
Tuhan perintahkan wanita agar menutupi auratnyakerana aurat adalah sesuatu yang berharga dan menarik..
Jika wanita itu sendiri tidak melindingi auratnya siapa yang perlu diharapkan lagi.
"jelas ayahnya.
Tambah ayahnya lagi..
"lelaki soleh dapat menilai yang mana permata dan yang mana kacadan adik janganlah mengharapkan dapat lelaki yang soleh tetapi berusahalah menjadi yang solehah kerana sabda Nabi s.a.w "lelaki soleh untuk wanita solehah,begitu juga sebaliknya".. =)


Ramai wanita di luar sana yang tidak menjaga auratnya dengan sempurna.
Rata-rata apabila di tanya kenapa tak pakai tudung.Jawapan yang biasa akan di bagi..
Belum dapat hidayah Allah,nak pakai tapi nantilah,tunggu sampai seru,kejap pakai kejap bukak dengan alasan Allah mengetahui yang diri ini nak berubah..
Masya Allah..
Kalau di lahirkan bukan Islam kemudian baru peluk islam,mungkin jawapan2 tu boleh terima pakai tapi rata2 yang bagi jawapan ni,sejak di lahirkan agama Islam.


Ajal dan maut tidak tahu bila dan alasan di dunia mungkin boleh di guna pakai tapi alasan di alam kubur?depan Allah? renung-renungkan =)



Sabda Nabi S.A.W
"Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh"

~DOA UNTUK IBUBAPA~

DOA SEORANG ANAK UNTUK IBU DAN BAPA




Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka





Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.







Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka
deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah 
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.







Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk
mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah
yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin.. 



Nota : Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah,Istighfarlah Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini "Siapalah aku di sisi MU ya Allah" 

Tuesday 20 December 2011

~BerSabArLaH menAnti


Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara…
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu….
Ada cinta yang mampu membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui…
... 
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan…Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk…Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan…
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji…
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya…
Ujian datang dalam pelbagai cara…
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya…
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah...
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, 
maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah….

Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya…
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji…
Dari ujian itulah,
Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya…
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun,
tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini…
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini….

Maka sabarlah duhai hati…
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta…
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata….
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam,
maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati….

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri….
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga…
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu….
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu…
Maka sabarlah duhai hati…
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia…
Dia akan datang…Itu sudah pasti…
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu….
Moga datangnya cinta insani itu,
akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri….
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya,
adalah umpama padang pasir yang kegersangan…

Monday 19 December 2011

~...PeRingatAn RASULULLAH uNTuk WaNita...~

"Wanita,apabila ia bersembahyang lima waktu,puasa sebulan Ramadhan,memelihara kehormatan serta taat akan suaminya,maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki."
~RIWAYAT AHMAD,IBNU HIBBA,THABRANI,ANAS BIN MALIK~


"Perempuan itu aurat,maka apabila ia keluar,mendongaklah syaitan memandang akan ia."
~RIWAYAT TARMIZI~


"Dikahwini wanita kerana empat perkara:kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannya,dan kerana agamanya.maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah."
~RIWAYAT BUKHARI~


"Dunia adalah sebaik-baik perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita(isteri) yang solehah."
~RIWAYAT MUSLIM~


"Apabila lari wanita dari rumah suaminya,tidak diterima sembahyangnya sehingga kembali ia menghulurkan tangan kepada suaminya(meminta maaf)."
~RIWAYAT HASSAN~


"Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias(bukan untuk suaminya atau muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat,tiada nur baginya."
~RIWAYAT TARMIZI~


"Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan,kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bauharumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina."
~RIWAYAT AHMAD,TABRANI DAN HAKIM~



"Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin.Raja pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suaminya dan anak-anaknya.maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu."
~RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM~


"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu."
~RIWAYAT IMAM AHMAD~


"Wanita yang meminta suaminya menceraikannyaa dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak,haramlah baginya bau syurga."
~RIWAYAT ABU DAUD,TARMIZI~


"Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya,nescaya masuk ia ke dalam syurga,"
~RIWAYAT TARMIZI~

Sunday 18 December 2011

~..Kecantikkan Wanita...~


 Cantik..

Kecantikkan seorang wanita bukanlah untuk di peragakan pada mana-mana lelaki yang bukan muhrim tetapi pelihara ia sepertimana di tuntut oleh agama.Jika di perhatikan ramai lagi wanita cantik di luar sana contohnya di negara timur tengah seperti iran,lubnan,syria dan sekitar negara-negara arab,mereka mempunya mata yang cantik,hidung mancung,kulit putih melepak.



 tetapi mereka memilih untuk memakai purdah dan tutup segala kecantikkan yang mereka ada.Lain pula masyarakat melayu islam,yang menjadi kecantikkan diri mereka untuk di pertontonkan kepada lelaki-lelaki bukan muhrim.Jika nak di bandingkan iklim negara mereka dan negara malaysia,jauh suhunya lebih panas berbanding negara yang berada di garisan khatulistiwa ini.

Pilihan
Jika di beri pilihan makan yang terdedah dan tertutup,yang manakah kita akan pilih?Ana pasti ramai yang kan memilih makanan yang tertutup kerana ianya bersih dan terpelihara dari segala kekotoran.Antara terdedah aurat dan tertutup aurat,yang manakah menjdai pilihan dan sudah pasti lelaki soleh akan bijak dan dapat menilai permata ataupun kaca.


Di dalam agama,islam tidak membenarkan wanita untuk di pertontonkan kpd lelaki yg bukan muhrim kerana Islam mahu kaum adam dan hawa setaraf,berkehidupan tidak seski dan tidak pula menyerupai lelaki.Kehebatan seorang lelaki terletak pada kerjaya dan hartanya.Berbeza pula dengan wanita kerana kehebatan wanita terletak pada kecantikannya dan penampilannya.

Tidak Salah


Tidak salah wanita untuk menampakkan diri mereka cantik kerana lumrah sebagai seorang wanita yang di jadikan Allah adalah untuk menampakkan dirinya cantik.Ada pepatah pernah menyebut "kecantikan hak milik setiap insan" dan "wanita itu adalah perhiasan dunia".Tidak salah wanita berpakaian cantik dan penampilan yang menarik tetapi biarlah berlandaskan syariat yang di tetapkan oleh Allah.Allahualam =)


~MUJAHID MUJAHIDAH~

Bunga Sang Mujahid ...............................................

Aku petik bunga yang indah ini,
Agar ia hiaskan taman sanubariku, ... 
Wanginya semerbak dalam kamar hatiku,
Cantiknya berseri dalam hari-hariku.
Saat aku melamar kamu dulu,
Senyum ayu kamu berikan,
Bergetar jiwa aku tika itu,
Membara rasa cinta ini.
Aku ingat lagi tika itu,
Setelah kamu halal aku miliki,
Tangis syukur yang kamu hadiahkan,
Sekali lagi kamu senyum kepadaku,
Bergetarlah jiwa aku melihatnya,
Bahagianya bukan kepalang.
Oh bungaku,
Kamu tersangatlah indah padaku,
Sentiasa kembang mekar,
Durimu tidak pernah melukakan aku,
Harummu menyenangkan perjuanganku.
Wahai bidadariku,
Api cinta yang kamu nyalakan ini,
Semarakkan lagi semangat dakwahku,
Sabarnya kamu menemaniku,
Di bawah sayap ini kamu setia menunggu,
Pengorbananmu sayang, aku hargai.
Kejelitaan isteriku tidak bisa digambarkan,
Aku lindungkan ia di sebalik purdah sutera,
Dengan taburan warna merah jambu,
Agar jelitanya itu menjadi santapanku seorang,
Tidak mahu aku kongsikan itu,
Kerana ia begitu istimewa padaku.
Bunga sang mujahid ini,
Dihinggap rama-rama Iman sentiasa,
Madu solehahnya jelas terasa,
Embunnya mengalir seinfinitinya,
Cintanya ia pada yang Maha Esa,
Dengan taat padaku mujahidnya tercinta.
Keikhlasan cinta kepada Allah,
Kamu buktikan dengan mentaati aku,
Sungguh bungaku yang indah,
Kamu hadiah Allah yang istimewa,
Hadirnya kamu bisa menyembuh duka,
Dengan cinta itu sebagai ubatnya.
Cintamu wahai bidadariku,
Bisa menikam musuh-musuh di hadapanku,
Bisa luluh jiwa-jiwa mereka itu,
Bisa membangkit nafsu jihad bergelora,
Tenang aku memegang panji tiada resahnya,
Barisan hadapan akan aku mara,
Syahid bahagia pasti aku buru,
Kerana adanya kamu menemaniku.
Bunga sang mujahid ini,
Akanku tunas ia sebaik-baiknya.

Monday 24 October 2011

JIKA AKU JATUH CINTA...




Ya Allah jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, 
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, 

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, 
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, 
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
 jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, 
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….


indahnya hiasan dunia....


     Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
     Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
     Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
     Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
     Disebalik bersih wajahmu disebalik tabir dirimu
     Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
     Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
     Berpegang pada janji mengabdikan diri

     Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
     Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
     Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
     Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
     Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
     Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
     Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
     Mahligai syurga itulah tempatnya



                                     Tajuk Nasyid : Puteriku Sayang
                                     Artis : Mestica
                                     Feat : Munif Hijjaz
                                     Album : Layar Keinsafan




ingatlah saudari...

           ... PERINGATAN UNTUK KAUM HAWA...

      Sesungguhnya ciptaanmu terlalu unik
      Tercipta dari tulang Adam
      Menghiasi taman yang indah terbentang
      Menjadi perhatian sang kumbang
      Yang beterbangan...


      Kau ibarat seharum mawar
      Aromamu bisa menawan sang kumbang
      Untuk menghidu wangianmu...


      Namun...
      Tidak semua wangianmu menarik sang kumbang
      Lantaran duri yang memagari
      Dari kejauhan telah terlihat kecantikannya...
      Dan kilauan warnanya yang memancar indah...


      Tapi awas...
      jangan mudah terpedaya dengan si kumbang
      Suatu saat bisa melemparkan kebusukkannya
      Seharusnya sang kumbang menjadi
      Penyelamat kepada wanita
      Namun,apakah daya keadaan telah bertukar,
      Sebaliknya...Diantara sang kumbang
      Telah menjadi pemusnah
      Kepada masa depan seorang wanita...


      Oleh itu,
      Wangian yang telah terikat
      Dibait-bait kuntumanmu
      Jagalah ia
      Peliharalah ia dengan amal dan taqwa
      Berdoalah kepada Tuhanmu agar harumanmu
      Berkekalan dan menjadi serikandi beriman...




      sumber:SYARIFAH ZURHANA NURAIN FARZANA BTE SYED ZAPRI AL-IDRUS(sznfsza)
      ditulis:NME

Sunday 23 October 2011

kecantikan wanita..







Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka dalam berbagai-bagai cara.Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliah.
Firman Allah SWT bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah……” -Al-Ahzab : 33
Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.
Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut
 :
  • Menundukkan pandangan. Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita adalah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya ialah dengan menundukkan pandangan seperti firman Allah SWT yang bermaksud : -An-Nur : 31
  • Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam bilik kuliah di universiti, di dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu daripada diketuk dengan tukul besi yang tajam dikepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuhnya.”
  • Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut :
  1. Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan.
  2. Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda Nabi bermaksud : “Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka.”
  3. Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang, punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.
  4. Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki.
     
  5. Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sabda Nabi SAW bermaksud ; “sesiapa meniru sesuatu bangsa lain,maka ia adalah bangsa itu”
  6. Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda. Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya. Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT bermaksud : “janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada kamu)……“-Al-Ahza:32
  7. Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah SWT bermaksud : “dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” -an-Nur:31. Wanita jahiliah menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu mereka juga dilarang. Sabda Nabi SAW bermasud :seorang wanita yang memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang penzina.”
Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan, berakhlak mulia dan seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan kecantikan mereka kepada orang lain.