Cinta ALlah Cinta Abadi

Monday, 2 January 2012

~HarGa sEORang WaNiTa~




Antara kilauan permata dan debu-debu pasir. yang mana satukah anda pilih? 
Pilihlah permata, kerana ia sangat berharga dan tinggi martabatnya. 
Wanita seperi permata, diciptakan oleh Allah dengan 1001 kecantikan. 
Namun, kecantikan itu perlulah disimpan sebaik-baiknya kerana disitulah ukuran martabat seorang insan bergelar wanita. 


Wahai kaum Hawa,jangan biarkan diri dianggap seperti debu-debu pasir 
yang berkilau ketika dipanah sinaran matahari, biarpun cantik, ia dipijak begitu saja. 
Jagalah aurat dan kecantikanmu kerana ia sangat mahal dan jangan 
sesekali biarkan dirimu menjadi murah…
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis ketika dia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis.
Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan pelbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka diseksa dengan sangat berat dan mengerikan.
Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka,” kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? 
Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.” Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Alangkah indahnya jika semua kaum Hawa tahu akan azab-azab yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak mengamalkan suruhan-Nya. Bukan hanya sekadar ‘tahu’, tapi juga berusaha untuk menjadi ‘cantik’ pada pandangan Allah.  Berusahalah untuk menjadi bidadari dan penghuni SyurgaNya… Usah biarkan diri menjadi ‘kayu-kayu api’ di neraka…
Jika kamu sayang wanita-wanita yang hadir dalam hidupmu, berilah peringatan kepada mereka, agar SyurgaNya yang Hakiki dapat kita miliki bersama-sama…
Rasulullah SAW bersabda : “Berpesan-pesan kalian dengan kebaikan terhadap para wanita (istri), kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian yang paling atasnya. Bila engkau paksakan untuk meluruskannya niscaya engkau akan membengkokkannya, namun bila engkau biarkan dia maka dia akan terus menerus bengkok. Kerana itu berpesan-pesanlah kalian dengan kebaikan terhadap para wanita (isteri).”
(HR. Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment