Cinta ALlah Cinta Abadi

Tuesday 13 November 2012

Berterima Kasih...


Berterima kasih kepada insan yang telah menyakiti hati kamu,
Kerana dialah yang mengajar kamu erti ketabahan,
berterima kasih kepada insan yang mengabaikan kamu,
kerana dia juga yang memupukmu untuk hidup berdikari,
berterima kasih kepada sesiapa yang menjatuhkan kamu,
kerana dia yang memperhebatkan lagi kemampuanmu,
berterima kasih kepada insan yang menyiksa kamu,
kerana dia yang mengajarmu erti kesabaran...
wahai DIRI ,
jangan terlalu membandingkan diri dengan yang di atas kelak kau akan kecewa,
jangan terlalu bandingkan diri dengan di bawah kelak kau sentiasa berasa selesa serta meninggi diri,
bersyukurlah semua yang berlaku ada hikmahnya...
adakalanya kita perlu menangis supaya kita tahu,hidup ini bukan hanya ada ketawa dan gembira...

Wednesday 31 October 2012

Semarak Cinta Rasulullah S.A.W



ASSALAMUALAIKUM YA RASULULLAH...
tiada hari yg paling indah
semerbak harum kasturi mewangi
hari isnin 12 Rabiuawal tahun gajah
seluruh alam bersinar cahayalahirnya bayi yang indah amat sempurna 
Aminah mendakap dengan penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah...

ASSALAMUALAIKUM YA RASULULLAH...
airmata tiada akan tertahan pabila ingat pada dirimu
indah wajahmu sang rembulan menjadi kelam indah tubuhmu sang awan mengingkutnya
indah akhlakmu sang matahari redup cahayanya
indah langkahmu sang langit merintih agar dipijak
indah rambutmu hitam ikal yang raoi
indah matamu memancar sinar cinta
indah mulutmu dengan kalimah Tuhan
gagah tanganmu  menyantun setiap insan
kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan...

ASSALAMUALAIKUM YA RASULULLAH...
mengalir air mataku jernih tanpa tertahan 
lantaran cinta dan rindu tiada terperi 
merobek seluruh sanubaridan saraf kulitku
jika kerinduan tiada kau tawarkan
keindahan syurga tiada mengubat diriku
jika wajahmu tiada ku pandang

ASSALAMUALAIKUM YA RASULULLAH...
apakah makna keindahan dan kemewahan
dunia yang ku miliki
jika kau tiada tersenyum melihatnya
apakah makna kenikmatan syurga
jika engkau tiada dapat dipandang
apa makna setiap nafasku
jika engkau memalingkan wajahmu

YA ALLAH...
hidupkan cinta dalam jiwa ini
pada RASULULLAH RAHMATULILALAMIN  
semoga dengan cinta nan suci ini
membawaku terbang ke JANNATUL FIRDAUSI
penuh kebahagiaan menatap wajahnya
mendengar kalimah"...engkaulah umatku..."
biarpun sedetik sudah memadai
namun selamanya adalah yang ku impikan

ASSALAMUALAIKUM YA RASULULLAH...
ASSALAMUALAIKUM YA RASULULLAH...


gagah tangan m

Saturday 29 September 2012


Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya


Jodohku Rahsia Allah...


Aku Tidak layak Buat mu..

Untuk Hamba Allah.....


Assalammualaikum semua .."Aku bukanlah seorang yang hebat bagimu dan aku juga bukanlah siapa-siapa di hatimu...Mungkin juga aku bukanlah yang terbaik untuk dirimu sedangkan kau ada pilihan yang terlalu banyak untuk menjadi pendamping hidupmu..

Aku hanyalah insan biasa yang serba kekurangan dan kadang-kadang aku selalu terfikir adakah layak aku untuk menjadi pendampingmu sedangkan kau sentiasa dikelilingi oleh gadis-gadis yang sentiasa menyokong dan ingin menyentuh hatimu yang tulus ikhlas itu..Sedangkan aku hanyalah kupu-kupu kecil yang mungkin hanya singgah sebentar di sudut hatimu dan ingin menikmati kehidupan yang bahagia seperti orang lain..Walaupun aku tidak tahu dan tidak merasa kepahitan di bait-bait liku-liku hidupmu yang penuh suka dan duka itu..Alangkah indahnya andai kau tahu perasaan aku yang ingin menolong dan sentiasa ingin menjadi pendorong semangat di dalam hidupmu..

Aku bukanlah seorang ustazah atau orang yang tahu segala-galanya tentang ilmu agama..Aku hanyalah seorang hamba Allah yang masih jahil dan dalam proses untuk membaiki diriku untuk menjadi lebih baik..Insya Allah..^_^..Wahai  adam yang bakal menjadi imam di setiap solatku dan akan menjadi sebahagian orang penting dan menjadi sebelah jiwaku untuk buat hidupku lebih sempurna kelak..akan aku cuba harungi segala suka dan duka bersamamu..Aku tidak meminta seseorang yang sempurna cuma aku mengharapkan seseorang yang boleh membimbingku dan membuat hidupku bahagia itu pun sudah cukup bagiku..

Aku sedar bahawa aku hanyalah seorang gadis yang tidak punya apa-apa berbanding kau yang selalu menjadi perhatian orang ramai dan ramai orang ingin menerjah ke dalam lubuk hatimu..Kadang-kadang perasaan cemburuku tak dapat dikawal juga tapi aku sentiasa kawalnya dengan penuh rapi sekali ..Aku cuba untuk menjadi yang paling terbaik dan ingin menjadi seseorang yang sentiasa ada disampingmu dikala suka dan duka dalam hidupmu..Jikalau diizinkan Allah aku ingin selalu menjadi orang pertama yang tahu setiap apa yang terjadi di dalam hidupmu dan menjadi pendorong semangat dikala jatuh dan bangunmu di dalam melalui hidup yang penuh pancaroba ini..

 "Jadilah orang yang mampu gembira melihat orang lain gembira..Rasanya itu sungguh murni pendiriannya"..Aku selalu percaya setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya..Semakin Allah sayang kepada seseorang hambaNya,semakin kuat ujian buatnya..Andai dia jodohku dekatkanlah hatinya dengan hatiku supaya kami boleh bersatu..Aminn..^_^
Jika wanita cantik yang dicari,
ia bukanlah Nur,
Jika wanita solehah yang dicari,
ia bukanlah Nur,
Jika wanita ayu yang dicari,
ia bukanlah Nur,
Jika wanita kaya yang dicari,
bukanlah Nur,

TETAPI
Jika ingin mencari wanita yang hendak dibimbing,
ia adalah Nur..^_^
Pengalaman mengajar aku lebih matang dalam hidup dan berfikiran rasional untuk membuat sesuatu keputusan..Jangan sentuh hati ini andai awak tidak ada niat untuk menikahinya kelak..Sesungguhnya hati ini sangat lembut dan sensitif hanya untuk yang berhak memilikinya sahaja..

Sunday 8 July 2012

bertutup itu manis


Firman Allah


ياأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن ذلك أدنى أن يعرفن فلا يؤذين وكان الله غفورا رحيما


orang mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.”
[AlAhzab:59]


يقول تعالى آمرا رسوله ، صلى الله عليه وسلم تسليما ، أن يأمر النساء المؤمنات - خاصة أزواجه وبناته لشرفهن
Allah berfirman memerintah rasulnya untuk mnyuruh wanita khususnya isteri2 dan anak perempuan beliau kerana kemuliaan mereka..


ليتميزن عن سمات نساء الجاهلية وسمات الإماء


Supaya mereka berbeza dengan ciri2 wanita jahiliyyah dan budak2..


Seorang Wanita dari suku Hudzail berkata ketika berduka cita atas kematian keluarganya..


تمشي النسور إليه وهي لاهية # مشي العذارى عليهن الجلابيب


Burung2 elang berjalan mendatanginya dengan tenang..seperti jalannya gadis2 yang mengenakan jilbab...


Indahnya Wanita yang berjilbab..kecantikannya hanya dipandang oleh suami sahaja..jika mereka berjilbab kerana ingin mnjaga fitnah dan bersungguh2 diatas ketaqwaan nescaya Ada ganjarannya..


Moga Allah merahmati kita dan mereka.

Monday 2 July 2012

Kasih Ibu Tiada tandingan


Dia.. yang hanya kulihat wajahnya dari potret yang masih tersimpan. Dia..yang pernah kumimpikan kasih dan sentuhannya.. tidak pernah kusesali kerana tidak memilikinya.

IBU.. terima kasih kerana memberikan peluang untukku mengenali dunia ini. Sungguh.. begitu besar pengorbananmu. Biarpun jasadmu tidak tersentuh olehku namun kasihmu tetap kutemui dalam diri setiap yang bergelar ibu. Belaian rindu dan sayangmu tetap setia menyentuh jiwaku melalui jiwa setiap ibu yang kutemui.

Sesungguhnya tidak pernah kurasai berjauhan daripada kasih sayangmu. Tidak pernah walau sekalipun kurasai kehilanganmu kerana dikau senantiasa hadir di sisiku..

..dalam redup mata setiap ibu yang kutemui.
..dalam lembut bicara dari setiap ibu yang kudengari.
..dalam manis setiap senyuman yang terukir di bibir.
..dan dalam setiap sentuhan kasih yang menyelimuti diriku.

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau lebih mengerti walau tanpa bicara. Ya Allah.. tempatkanlah roh ibuku bersama hamba-hambaMu yang Engkau redhai. Dan rahmatilah setiap insan yang telah menyentuh hidupku dan jiwaku dengan kasih seorang ibu.. amiin....Al-Fathihah....

mencari cinta manusia...


Bukan tak boleh cari cinta manusia, tapi cinta Allah itu lebih indah, lebih kekal dan lebih bermanfaat dunia akhirat...

Carilah cinta manusia, namun jangan sesekali cintamu kepada manusia biasa melebihi cintamu pada Allah dan Rasulnya...

Pada manusia, cari dan cintailah mereka yang beragama (mempunyai kefahaman agama dan berpegang teguh dengan agama)...ini adalah pesanan Rasulullah sendiri..

Rasulullah SAW bersabda:-
تنكح المرأة لأربع :لما لها ولحسبها ولجما عها ولدينها ،فاظفر بذات الدين تربت يداك
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia."

Sekalipun hadis ini pada zahirnya ditujukan pada kaum lelaki akan tetapi pengajarannya juga melibatkan kaum wanita. 

Selain itu, ada hadith lain yang menyatakan tentang keutamaaan menyintai Allah dan RasulNya.

Daripada Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka".

(Hadth Sahih Riwayat Muslim)

BuNga Atau MUtiAra?




"Adakah anda bunga atau mutiara?" Bunga cantik, begitu juga dengan mutiara. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala mutiara tinggi harganya dan cantik juga.


Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.


Sedangkan mutiara akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.
Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.


Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!


Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali 'Imran ayat 102)
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."


Kembalilah!
Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan redha.


Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31)


وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


"...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka..."


FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36)

solehahkan dirimu untuk mendapatkn yang soleh...

Ya Allah....
Jadikan lah aku wanita yang solehah....
Yang baik di antara yang terbaik...
Dan kurniakan aku pendamping yang baik...
Dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari-Mu....

"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana  si soleh dan si solehah adalah insan biasa."

wanita solehah idaman lelaki soleh.....





"Wanita solehah...


adalh wanita yang mengisi kehidupannya dengan fitrah kebenaran.


Jika dia seorang anak,maka dia akan menjadi anak yang solehah.


Jika dia seorang isteri,dia akan menjadi isteri yang taat dan patuh terhadap suami.


Jika dia seorang ibu,maka dia akan mencurah kasih sayangnya untuk anak2.....


Begitu juga jika dia sebagai hamba Allah yang tidak mempunyai sesiapa ...


Dia akan sentiasa tunduk dan menyerah diri kepadaNya.


Wanita solehah... 


akan mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan Silaturrahim sesama insan...


Wanita solehah...


yang telah melengkapi dirinya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni merupakan bunga idaman yang menghiasi taman2 syurga..."
 

Saturday 30 June 2012

Zauj dan Zaujah


...Zauj...

Aku kagum melihat seorang jejaka,tampannya sukar d terjemahkn ,bukn dari paras rupa tapi pada akhlaknya..Pabila azan dengar di telinga,dialh org pertama menujunya.Bukan krn suka-suka tapi untk menunaikn seruan-Nya..Dia sabar bila di timpa musibah,membuatkn imannya makin bertambah,dia lebih tawakal dan juga redha bila usaha telah di lkukn..Muamalatnya amat terjaga.pergaulanlelaki dan wanita amat di ambil kira,kerana takut allah akn menjadi murka dirinya juga yang kecewa..Ilmu yang ada dikongsinya,buat amalan manusia dan juga dirinya,senyum tidak pernah lekang dimuka pabila dakwah dilakukannya...Pabila bertembung dengan muslimah,pasti pandangannya turun ke bawah bukan jijik atau apa cuma menjaga iman di dada..Ibu dan ayah di hormatinya,tanda sayang dan juga cinta,ukan kerana terpaksatapi untk mendapat Redha Tuhan nya....

...Zaujah...

Ya Allah sesungguhnya banyak yang ku harapkn dalam hidup ini banyak yang aku citakan dalam hidup ini..Aku mohon pada-Mu;Ya Allah,jangan Engkau lalaikan aku dengan segala kenikmatan dunia,janganlah Engkau jadikan kenikmatan dunia ini sebagai istidraj bagi diriku,Engkau jadikanlah segala yang aku harapkan didunia ini;ilmu yang bermanfaat,usia yang berkat,suami yang soleh,zuriat yang penyejuk hati dan cinta insan yang beriman sebagai kekuatan bagiku bertaktih menuju Redha-Mu,menuju Syurga-Mu..Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...

...Amin.....

Friday 29 June 2012

BeRJUang KeraNa Allah..



bila hati berjuang kerana Allah, dugaan itu tempat bersinggah,
keperitan ditelan sebagai juadah,kejayaan di anggap satu mimpi indah,
andai ditakdirkan rebah, HATI tetap redha kerana Allah..

kasih Allah itu satu keindahan, disaat DIA memberi ada ujian yang setia menanti..

wajah yang mendung ditetapkan ketenangan di hati, menangis dihadapanNya itulah jalan yang terbaik..

wajah yang mendung mampu berubah ceria lantas ketenangan di tingkatkan,
hati yang tenang di biarkan terus tenang walaupun di himpit kedukaan yang nyata..

semoga hati disinggahi indahnya kasih ILAHI...

Thursday 28 June 2012

Ucapan Selamat Hari Lahir...




ucapan selamat menyambut hari kelahiran dari saya di sini,
moga hidup sentiasa dinaungi dan dirahmati,
nescaya akan berasa tenang di hati,


waktu berjalan tiada henti,
nikmat Allah sentiasa dimanfaat utk diri,
mengiringi rembulan dan mentari,
yang terbit dan tenggelam setiap hari,
siang dan malam terus dilalui,
segala nikmat datang dan pergi,
mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari,
hingga saat ini...


detik berganti detik,
melangkah terus melangkah pergi,
hari berganti hari,
redho Allah sesuatu yg trus dicari2,
bulan berganti bulan setiap hari,
hingga tak sedar cepat ms berlalu pergi,
dan tanpa terasa 1 tahun sudah terlewati,
hidup kita makin diakhiri,
moga kesampaian kita mengenal ilahi,
dalam perjalanan mengenal diri,
untuk menuju cinta hakiki,
pada ilahi.
dgn ini sy ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN 

Nur Ingin Menjadi Wanita Solehah Bidadari Syurga...


Muslimah Solehah..


Disebalik hijabmu terselindung wajahmu dengan Nur. 
Hatimu yang sentiasa mengingati mati dan mencintai Allah dan Rasul.
Seorng ank yang taat kepada kedua ibu bapa.
Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… 


sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggaan.
Akhlakmu yang kau perlihara.maruahmu kau jaga dari sebarang nista.
Tutur bicaramu sering melambangkan sifat muslimah sejati. 
Bila mana bertembung dengan jejaka yang bukan mahrammu, kau tunduk memandang bumi…


Ingatknlh  Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. 
Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.
Muslimah solehah…..
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. 
dibalut dan disimpan ditempat yang selamat.


Bila malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi,beribadat…
Bibirmu berzikir dgn ayat-ayat suci Al – Quran,bertahajjud,berwitir dan amalan – amalan istiqamahmu.


Kekalkan hijabmu hingga  keakhir hayatmu …


Kau idaman lelaki beriman.


Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan dunia..


” Perempuan suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah SWT,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah terlalu mencintainya,tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimanakah Allah untuk …
menjaga kita ??


"Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari.Hargailah diatas kesempatan yg Allah berikan.
Sebesar-besar dosa adalah dosa yg kita rasa berdosa melakukannya”-Imam Ghazali

Friday 20 April 2012

BUATMU WANITA SOLEHAH......


Wahai kakakku
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
Asyik berteman tangisan dan sendu sahaja

Wahai adikku
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
Tetapi di situlah wahai adikku
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
Menjadi ‘izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunya
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun
Duhai adikku
Lembut wanita bukan lemah
Tetapi senjata

Namun wahai kakakku
Wanita itu fitnah dunia

Pernahkah adikku dengar
Pesanan Ilahi pada hambaNYA?
‘Wahai lelaki2 yang beriman
Tundukkanlah pandanganmu & tutupkanlah auratmu’
Pada siapakah dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-rijal
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak akan mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada
dirinya
& tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita
Agar memelihara auratnya
Kerana di situlah kehormatannya
Bukan fitnah semata2
Jikalau ar rijal & an nisa sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu
Lebih baik dari ribuan lalaki yang soleh

Tetapi kakakku
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu

Wahai adikku sayang
Al Haya’ (sifat malu)
Ada dalam diri setiap insan
Wujudnya seiring dengan nafas insani
& al haya’ itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu,indah al haya’ sebagai pembenteng diri

Namun
Bila mana al haya’ itu lebur
Imannya runtuh
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

Namun adikku
Wanita solehah itu pasti melindungi diri meraka
Dari perbuatan murahan itu

Wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
Pandai2lah engkau menilai
Antara permata & debu2 kilauan pasir

Wahai adikku
Janganlah adik gusar
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
& janganlah engkau sekali2 merendahkan diirmu
Menggugurkan diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tiggi mertabatmu..

Monday 2 January 2012

~HarGa sEORang WaNiTa~




Antara kilauan permata dan debu-debu pasir. yang mana satukah anda pilih? 
Pilihlah permata, kerana ia sangat berharga dan tinggi martabatnya. 
Wanita seperi permata, diciptakan oleh Allah dengan 1001 kecantikan. 
Namun, kecantikan itu perlulah disimpan sebaik-baiknya kerana disitulah ukuran martabat seorang insan bergelar wanita. 


Wahai kaum Hawa,jangan biarkan diri dianggap seperti debu-debu pasir 
yang berkilau ketika dipanah sinaran matahari, biarpun cantik, ia dipijak begitu saja. 
Jagalah aurat dan kecantikanmu kerana ia sangat mahal dan jangan 
sesekali biarkan dirimu menjadi murah…
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis ketika dia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis.
Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan pelbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka diseksa dengan sangat berat dan mengerikan.
Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka,” kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? 
Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.” Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Alangkah indahnya jika semua kaum Hawa tahu akan azab-azab yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak mengamalkan suruhan-Nya. Bukan hanya sekadar ‘tahu’, tapi juga berusaha untuk menjadi ‘cantik’ pada pandangan Allah.  Berusahalah untuk menjadi bidadari dan penghuni SyurgaNya… Usah biarkan diri menjadi ‘kayu-kayu api’ di neraka…
Jika kamu sayang wanita-wanita yang hadir dalam hidupmu, berilah peringatan kepada mereka, agar SyurgaNya yang Hakiki dapat kita miliki bersama-sama…
Rasulullah SAW bersabda : “Berpesan-pesan kalian dengan kebaikan terhadap para wanita (istri), kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian yang paling atasnya. Bila engkau paksakan untuk meluruskannya niscaya engkau akan membengkokkannya, namun bila engkau biarkan dia maka dia akan terus menerus bengkok. Kerana itu berpesan-pesanlah kalian dengan kebaikan terhadap para wanita (isteri).”
(HR. Bukhari dan Muslim)